Search This Blog

Friday, November 9, 2012

RM3 juta tuntutan kesalahan mabuk

Jakarta: Keluarga tiga orang awam yang mati dilanggar kenderaan dipandu pemandu mabuk, Afriani Susanti di ibu negara Januari lalu, mengemukakan saman 10 bilion rupiah (RM3 juta). 

Tuntutan dikemukakan oleh Mulyadi, Minah dan Sutantio yang kehilangan anggota keluarga mereka dalam kemalangan itu, kata peguam mereka, Arioki Begin. 
Dia memberitahu, kerugian material adalah lebih besar daripada kos perubatan dan pendidikan mangsa manakala satu lagi saman menuntut pampasan atas kesedihan keluarga mangsa. 


“Kehilangan mereka tidak boleh disamakan dengan wang. Keluarga berkenan tidak mahu perkara ini terjadi,” kata Arioki. 

Beliau dipetik oleh laman web Kompas selepas mengemukakan saman itu di mahkamah daerah Jakarta Utara. 

Katanya, Afriani akan dituduh berdasarkan peraturan bahawa pasangan, ibu bapa atau kanak-kanak orang yang terbunuh boleh menuntut pampasan daripada orang yang bertanggungjawab atas kematian itu. 

Afriani dihukum penjara 15 tahun pada Ogos lalu kerana membunuh sembilan orang awam selepas terbabas ketika lalu dekat menara Tugu Tani di Jakarta Pusat, 22 Januari lalu. 
Polis berkata, defendan mengambil pil Ecstacy dan mabuk selepas bersuka ria di sebuah kelab malam di Kemang, Jakarta Selatan. 

Ketika itu, katanya, dia memandu kereta Daihatsu Xenia pada kelajuan tinggi hingga melanggar mangsa. 

Mulyadi, 49, bapa kepada Ari Bohari, 16, salah seorang mangsa berkata dia tidak puas hati dengan keputusan mahkamah itu. 

“Saya sebenarnya berharap hukuman penjara itu akan dikenakan lebih 20 tahun tetapi kes itu sudah diputuskan jadi saya tiada pilihan lain kecuali memohon saman sivil bagi mendapatkan pampasan,” katanya lagi. AGENSI

No comments:

Post a Comment