Search This Blog

Friday, November 23, 2012

Ribuan pekerja kilang tunjuk perasaan bantah gaji rendah, bayar khidmat kesihatan

JAKARTA: Ribuan pekerja kilang Indonesia berhimpun di jalan raya di bandar raya ini semalam untuk membantah bayaran gaji rendah dan undang-undang baru keselamatan sosial yang memerlukan mereka membayar perkhidmatan kesihatan.

Ribuan buruh berhimpun secara aman dekat Istana Presiden di Jakarta sebelum berarak ke bangunan Parlimen, kata jurucakap polis Jakarta, Kolonel Rikwanto sambil menambah hampir 20,000 anggota polis dan tentera dikerah untuk memantau demonstrasi yang dianjurkan Kesatuan Buruh Indonesia itu.


Penunjuk perasaan yang memakai pakaian merah dan hitam melaungkan “Tolak undang-undang itu” ketika bas dan trak yang sarat dengan pekerja tiba sambil melambaikan bendera dan sepanduk berwarna-warni mengecam undang-undang 2011 itu yang memperuntukkan pekerja menyumbang beberapa peratus daripada gaji mereka untuk keselamatan sosial dan faedah kesihatan. Undang-undang itu dijangka berkuatkuasa pada 2014. - JP

No comments:

Post a Comment