Search This Blog

Thursday, November 1, 2012

Rakyat Guatemala terbabit pecah rumah ditahan

SINGAPURA: Polis semalam menahan seorang rakyat Amerika Selatan disyaki terbabit dengan beberapa siri pecah rumah di estet perumahan persendirian sejak beberapa minggu lalu.
Lelaki berusia 40 tahun itu ditahan selepas polis daripada Jabatan Perisikan dan Divisyen Tanah menyerbu sebuah hotel murah di Balestier Road. Suspek yang berasal dari Guatemala kemudian membawa polis ke sebuah bilik disewanya di Claymore Drive. Pelbagai barangan curi, termasuk wang tunai pelbagai negara jam tangan, barang kemas dan barangan berharga lain bernilai kira-kira Sg$300,000 (RM749,137) dan alat pecah rumah ditemui. - Asia One

No comments:

Post a Comment