Search This Blog

Thursday, November 1, 2012

Rakan penjenayah masih bebas

MACHANG: Penjenayah sangat dikehendaki, Zawa Abdul Halim, 34, yang terbabit dua kejadian menembak anggota polis semalam dan kelmarin, menyembunyikan diri di ladang kelapa sawit sebelum dia ditembak mati selepas melarikan kenderaan bersama bayi.
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, bagaimanapun seorang rakannya yang turut menyembunyikan diri di ladang kelapa sawit di Kampung Paloh, Gua Musang itu masih bebas.

“Polis kini giat melakukan operasi mengesan suspek dan polis percaya dia masih berada di sekitar kawasan berkenaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang, di sini, semalam.

Menurutnya, Zawa yang berasa dari Pasir Mas mempunyai sembilan rekod jenayah membabitkan kes curi kereta dan samun di Kota Bharu, Ketereh dan Gua Musang.

Antara kes yang dikaitkan dengannya termasuk kejadian tembak dan samun kereta di sebuah stesen minyak di Jalan Kebun Sultan, Kota Bharu, 16 Oktober lalu.

Beliau berkata, penjenayah itu ditembak mati selepas berbalas tembak dengan polis di Kampung Kemuning, di sini, jam 7.30 pagi semalam.

No comments:

Post a Comment