Search This Blog

Friday, November 9, 2012

Polis Thailand berkas 2 pengedar dadah, rampas 4,000 pil syabu

myMetro | Polis Thailand berkas 2 pengedar dadah, rampas 4,000 pil syabu: "BANGKOK: Polis di Ayutthaya merampas 4,000 butir pil methamphetamine (syabu) dan menahan pengedar dengan kereta yang diubah suai.

Sementara itu pula, polis di Chiang Mai menemui pil syabu di dalam bekas berbentuk buah-buahan dan karektor kartun.
Di tengah wilayah Ayutthaya, polis menahan Sombat Supaporn, 28, selepas menemui 4,000 butir pil syabu dalam keretanya.

Polis berkata, mereka mengesyaki Sombat dan mengekorinya selama sebulan tetapi gagal menahannya sebelum ini kerana keretanya yang diubah suai itu terlalu laju untuk dikejar.


Di Chiang Mai, polis berkata, mereka menemui pil syabu dalam bekas berbentuk kartun dan buah-buahan di sebuah rumah lelaki yang disyaki pengedar dadah.


Suspek itu mengaku, teman wanitanya menjual pil dadah itu kepada remaja di tempat hiburan dengan harga 200 baht (RM20) sebutir.

Suspek memberitahu polis dadah itu semua diimport."

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment