Search This Blog

Friday, November 23, 2012

Polis dituduh cuba culik datuk bandar

DURANGO (Mexico): Seorang datuk bandar menuduh pasukan polisnya sendiri cuba menculiknya dalam satu serangan yang menyebabkan lapan terbunuh termasuk seorang kanak-kanak dan wanita hamil.

Datuk Bandar Inde, Ernesto Nunez memberitahu wartawan dia membuat aduan ke atas anggota polis Inde dan Durango, menuduh mereka terlibat dalam cubaan menculik bersama pembunuh upahan Mafia.
“Kita tahu yang semua polis di kawasan majlis perbandaran ini menerima rasuah dan polis negeri juga mungkin menerima rasuah,” katanya.

Nunez berkata, keluarganya, pekerja dan doktor haiwan berada di ladangnya apabila penyerang melepaskan tembakan dan bom di situ. - AFP

No comments:

Post a Comment