Search This Blog

Monday, November 26, 2012

Polis buru sembilan lagi suspek tetak lelaki



25/11/2012 7:47pm

GEORGETOWN – Polis sedang mengesan sembilan lagi lelaki berumur 20 hingga 30-an yang dipercayai menetak seorang lelaki di Farlim, Air Itam semalam.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, ACP Nasir Mohd Salleh berkata, dalam insiden 9.30 malam itu, mangsa cedera parah di bahagian perut, muka dan tangan akibat ditetak dengan parang, selain dibelasah suspek terbabit di rumahnya.
"Setakat ini, polis telah menahan seorang daripada suspek beberapa jam selepas kejadian, dan siasatan lanjut bagi mengenal pasti identiti rakannya yang lain sedang dijalankan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, semasa kejadian, mangsa yang bersendirian di rumahnya dikunjungi kumpulan lelaki terbabit untuk berunding berhubung satu perkara sebelum tercetus pertengkaran antara mereka.
Nasir berkata, polis percaya kejadian berpunca daripada perselisihan faham dan mangsa mengenali penyerangnya.
Beliau berkata, mangsa kini kritikal dan ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment