Search This Blog

Thursday, November 8, 2012

Pesawat masuk parit

myMetro | Pesawat masuk parit: "MIRI: Sebuah pesawat ringan jenis Twin- Otter milik MASwings tergelincir pada jarak 40 meter dari landasan sebelum terjunam ke dalam parit ketika mendarat di landasan Lapangan Terbang Marudi, semalam.

Bagaimanapun, dua juruterbang serta semua 17 penumpang terselamat dalam kejadian berlaku pada jam 2.33 petang itu.
Ketua Polis Daerah Marudi/Baram, Deputi Superintendan Abu Bakar Mokhtar berkata, sebelum kejadian pesawat MH3562 itu berlepas dari Lapangan Terbang Miri pada pada jam 2.19 petang.

“Kejadian berlaku ketika cuaca baik dan pesawat itu membawa penumpang berusia antara 20-an hingga 40-an.


“Semua penumpang selamat, cuma seorang penumpang wanita berusia 26 tahun bengkak kaki kanannya dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di sebuah klinik di Marudi,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam."

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment