Search This Blog

Thursday, November 1, 2012

Penyamun potong elektrik

PETALING JAYA: Tiga lelaki bertindak memotong bekalan elektrik seluruh bangunan sebelum memecahkan cermin depan sebuah kedai peneraju runcit barangan perabot serta elektronik sebelum melarikan tujuh iPad bernilai RM14,000 dalam kejadian di Dataran Sunway, Kota Damansara, di sini, awal pagi semalam.
Bagaimanapun, dua daripada tiga lelaki terbabit ditahan manakala seorang lagi sempat melarikan diri selepas kejadian kira-kira jam 6 pagi itu disedari anggota polis yang sedang melakukan rondaan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Tuah Masrom berkata, pihaknya menerima maklumat pertama daripada anggota yang melakukan rondaan kira-kira jam 6.20 pagi selepas mendapati cermin depan premis berkenaan pecah dan berada dalam keadaan gelap.

“Bertindak atas maklumat itu, sepasukan polis dikejarkan ke tempat kejadian dan apabila tiba, mereka mendapati tiga suspek sedang masuk ke dalam sebuah kereta jenis Volkswagen Passat yang diletakkan di depan premis itu.


“Mereka yang menyedari kehadiran polis terus memecut kenderaan mewah berkenaan sejauh kira-kira satu kilometer (km) dari tempat kejadian sebelum melanggar sebuah kenderaan lain di depan sebuah pasar raya berdekatan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, di sini semalam.

No comments:

Post a Comment