Search This Blog

Monday, November 26, 2012

Penjenayah paling dikehendaki ditahan bersama isteri, bayi



Jalaluddin Abdul Rahman menunjukkan revolver, dadah dan peralatan yang dirampas dalam serbuan di hotel bajet di Jalan Sri Cemerlang, dekat Kota Bharu, kelmarin.
KOTA BHARU 25 Nov. - Polis Kelantan menahan seorang penjenayah yang paling dikehendaki bersama isteri serta anaknya berusia lima bulan selepas menyerbu sebuah hotel bajet di Jalan Sri Cemerlang dekat sini pada awal pagi semalam.
Dalam serbuan kira-kira pukul 4.30 pagi, pihak polis turut merampas sepucuk revolver, tiga butir peluru, tiga butir kelongsong peluru, empat pil kemerahan dipercayai dadah dan dua straw heroin.
Lelaki berusia 25 tahun itu merupakan ahli Geng Zawa yang mana ketuanya Zawa Abdul Halim, 34, ditembak mati di Kampung Kemumin, Machang pada 31 Oktober lalu selepas menembak dua anggota polis.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20121126/je_02/Penjenayah-paling-dikehendaki-ditahan-bersama-isteri-bayi#ixzz2DH8Ds6Rf
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment