Search This Blog

Friday, November 9, 2012

Pengembala tidak dibayar gaji tikam mati majikan

myMetro | Pengembala tidak dibayar gaji tikam mati majikan: "NARIYA : Seorang pengembala berbangsa Sudan menikam majikannya seorang rakyat Arab Saudi 14 kali selepas bertengkar di kawasan padang pasir dekat Kampung Al-Olyia.

Warga Sudan itu bekerja di bawah tajaan seorang warga Saudi yang lain, bekerja secara haram dengan mangsa.
Ketika dalam perjalanan ke Kampung Al-Rafea, pengembala itu meminta mangsa membayar gajinya dan mereka bertengkar.

Pengembala itu hilang kawalan lalu menikam majikannya tiga kali di dada dan 11 kali di perut.


Dia kemudian memandu kereta mangsa ke balai polis berdekatan dan mengaku perbuatannya.


Jurucakap Polis Wilayah Timur, Kolonel Zeyad Al-Reqati berkata, anggota penyiasat yang dihantar ke tempat kejadian, menemui mangsa berlumuran darah.

Mereka menemui pisau yang digunakan dan menghantar mayat ke hospital untuk bedah siasat.

Pembunuh itu dicari oleh pihak keselamatan untuk satu lagi jenayah yang dilakukan di Riyadh - SG"

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment