Pelajar mengaku judi
Pesalah juvenil (dua, kanan) keluar dari mahkamah selepas mengaku bersalah, semalam.
KOTA BHARU – Seorang pelajar tingkatan tiga antara empat yang mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan berjudi bersama tiga rakannya di Kampung Repek, Melawi, semalam.

Pesalah juvenil berusia 15 tahun itu dituduh bersama Muhammad Fadhill Mohd Sobri, 20, Mohamad Faizol Jusoh, 22, dan Mohd Syazmi Rahim, 28.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka kerana kesalahan berjudi di sebuah pondok di kampung berkenaan pada jam 2.55 awal pagi, semalam.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa, Inspektor Yusli Zainal sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

Pada prosiding semalam, keempat-empatnya mengaku bersalah menyebabkan kesemua mereka berdepan denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga enam bulan dan kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Hukuman bagaimanapun ditangguhkan Majistret Muhamad Safuan Azhar untuk menunggu laporan akhlak remaja itu dan laporan sosial bagi Muhammad Fadhill.

Kes bersambung 6 Disember depan.