Search This Blog

Thursday, November 1, 2012

Pekerja kontrak didakwa rompak

AMPANG: Seorang pekerja kontrak dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas tuduhan merompak telefon bimbit dan motosikal milik seorang lelaki berusia 19 tahun sehingga mangsa cedera di Kampung Melayu Ampang, di sini.
Tertuduh, Mohd Naizrul Rusali, 29, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Manira Mohd Nor. Mengikut pertuduhan, lelaki itu bersama lima suspek yang masih bebas didakwa melakukan perbuatan itu ke atas Mohd Hafizin Maerat, jam 3.30 pagi, tujuh hari lalu. Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nadiah Malek Fauzie menawarkan jaminan RM15,000 atas alasan kesalahan yang serius dengan menyebabkan mangsa cedera ketika kejadian itu.

Manira membenarkan wang jaminan RM8,000 dan menetapkan 27 November depan sebagai sebutan semula.

No comments:

Post a Comment