Search This Blog

Friday, November 23, 2012

Pejabat agama dipecah masuk

KUALA TERENGGANU: Pejabat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu di Kompleks Sri Iman, Jalan Sultan Muhamad, di sini, dipecah masuk pencuri menyebabkan kehilangan sebuah televisyen, satu alat projektor dan wang tunai RM200 milik kakitangan agensi berkenaan.

Kejadian itu hanya disedari seorang pembantu tadbir kira-kira jam 10.30 pagi kelmarin sebelum dia memaklumkannya kepada seorang pegawainya.


Menurut sumber, siasatan awal mendapati suspek dipercayai memecah masuk ke dalam pejabat itu melalui tingkap berikutan terdapat kesan umpil.

“Pemeriksaan lanjut mendapati sebuah televisyen LCD, satu alat projektor dan wang tunai berjumlah RM200 milik kakitangan lesap,” katanya.

No comments:

Post a Comment