Search This Blog

Thursday, November 8, 2012

Nahas curi lembu



         
KULIM: Misteri penemuan sebuah kereta dalam keadaan terbakar selepas terbabas dalam cerun bersama seekor lembu betina membongkar kegiatan mencuri kereta dan haiwan ternakan itu di Jalan Padang Meha-Batu Putih, dekat sini, semalam.

Kejadian disedari kira-kira jam 7.20 pagi apabila orang ramai yang melalui jalan itu menemui sebuah kereta Proton Wira dalam keadaan masih terbakar sebelum menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat Kulim Hi-Tech.
Sumber berkata, pihaknya yang tiba di lokasi kejadian pelik apabila menemui seekor lembu dalam keadaan nyawa-nyawa ikan dalam keadaan mengiring berhampiran kereta yang terbakar, namun tiada sesiapa dalam kenderaan itu.

“Penemuan lembu itu menjadi tanda-tanya kerana bagaimana ia boleh berada di tempat kejadian sama ada dilanggar ketika memakan rumput di kawasan berkenaan atau pemandu itu melakukan kegiatan mencuri lembu sebelum kenderaannya terbabas.


“Lembu berkenaan mungkin diletakkan di but kereta dan dipercayai terpelanting selepas kenderaan yang dipandu laju itu hilang kawalan lalu terbabas ke dalam cerun ketika melalui selekoh,” katanya.

No comments:

Post a Comment