Search This Blog

Friday, November 23, 2012

Mayat tanpa kaki dan tangan ditemui



ROMPIN - Mayat lelaki tanpa tangan dan kaki ditemui terdampar di Pantai Pasir Burung Mukut, Pulau Tioman, pagi tadi.

Dalam kejadian 10.30 pagi tadi, beberapa penduduk kampung kawasan berkenaan bertindak mengesan bau busuk sebelum menemui mayat berkenaan terdampar atas pasir.

Ketua Polis Daerah Rompin DSP Johari Jahaya berkata sepasukan anggota polis dari Balai Polis Rompin bergegas ke tempat kejadian selepas menerima maklumat orang awam.

"Mayat hampir reput itu dipercayai dihanyutkan ke pantai berkenaan, identiti mayat terbabit masih belum dikenal pasti kerana tiada sebarang dokumen ditemui," katanya di sini hari ini.

Mayat berkenaan dihantar ke Hospital Muadzam Shah (HMS) dengan bantuan Kapal Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia.

"Pihak polis akan menyemak semula laporan orang hilang di Balai Polis Rompin.

"Kami juga sedang siasat sama ada mangsa berkenaan dibunuh sebelum dibuang ke laut atau lemas," katanya.

Orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau waris terdekat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin di talian 09-4145222," katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment