Search This Blog

Friday, November 23, 2012

Mayat anak kapal nelayan ditemui terapung dekat Pulau Selingan



SANDAKAN: Mayat seorang anak kapal warga Indonesia yang lemas ketika menangkap ikan di perairan berhampiran Pulau Tiga Labuk Bay dekat sini pada Isnin lalu ditemui semalam.

Mayat Akis Hanaping, 40, ditemui terapung oleh nelayan pada jam 8.30 pagi di perairan antara Pulau Selingan dan Pulau Bakungan Kecil.

Pengarah Penguatkuasaan dan Eksesais Maritim Malaysia Wilayah Sabah dan Labuan Komander Maritim Raziee Keding berkata, Akis adalah anak kapal sebuah kapal nelayan terjatuh ke laut di kawasan perairan antara Pulau Tikus dan Pulau Tatabuan kira-kira jam 7 pagi.

Operasi mencari dan menyelamat dilakukan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia sejak Isnin lalu sebaik menerima laporan kehilangan mangsa, katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya operasi mencari itu turut mendapat bantuan anggota keluarga mangsa dan penduduk kampung berhampiran kawasan mangsa dilaporkan hilang.

Dalam pada itu, Raziee menasihatkan semua komuniti maritim agar dapat menitikberatkan aspek keselamatan memandangkan keadaan cuaca sekarang yang kurang baik. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment