Search This Blog

Thursday, November 1, 2012

Lelaki ‘terganggu’ hilang

KUALA TERENGGANU: “Setiap malam saya sukar melelapkan mata kerana teringatkan anak,” kata Zaleha Tawang, 48, ibu kepada Muhammad Fidaus Zukifli, 21, yang tidak dapat dikesan selepas keluar dari rumahnya di Kampung Gong Sekolah, Mengabang Telipot, di sini, Sabtu lalu.
Katanya, anak sulungnya itu mengalami tekanan perasaan dan kerap bercakap sendirian sejak dua minggu lalu.
“Muhammad Fidaus seperti tidak sedar apa yang dilakukan dan pernah memberitahu kami hendak melawat saudara di hospital sedangkan orang yang disebut itu duduk di depannya.

“Baru-baru ini, dia memberitahu hendak pergi berjumpa ibu mentuanya yang tinggal di Kota Bharu, Kelantan sedangkan dia belum berkahwin.


“Saya tidak tahu apa yang membuatkan perasaannya tertekan sehingga dia tidak dapat berfikir waras,” katanya. ketika datang ke pejabat Harian Metro, di sini, semalam.

No comments:

Post a Comment