Search This Blog

Friday, November 9, 2012

Lelaki terbunuh ketika cuba selamatkan anak

myMetro | Lelaki terbunuh ketika cuba selamatkan anak: "JAKARTA: Seorang bapa maut ketika cuba menyelamatkan anak lelakinya yang diserang oleh rakannya di kediaman mereka di Pegadungan, Kalideres, Jakarta Barat malam semalam.

Pegawai Polis Kalideres, Adjutan Komisioner Kanan Saiful Anwar berkata, Djong Ket Jung, 52, terbunuh ketika cuba menyelamatkan anak lelakinya, Hendrik, 17, yang diserang rakannya itu ketika mereka sedang mengulang kaji pelajaran bersama-sama. Suspek cuba menyerang Hendrik dengan wayar elektrik tetapi remaja itu melawan.


Suspek kemudian menikam mangsa beberapa kali dengan pisau. Menyaksikan insiden itu, Djong cuba menghentikan perbuatan suspek, tetapi dia turut ditikam di leher dan lengannya. Djong yang cedera mati ketika dirawat di hospital. Suspek berjaya ditahan polis dan hasil siasatan mendapati dia mengakui cemburu dengan rakannya yang kaya. Dia berniat ingin mencuri barangan berharga mangsa untuk dijual bagi membayar pampasan kepada seseorang dicederakannya. - JP"

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment