Search This Blog

Monday, November 26, 2012

Lelaki diberkas selepas 12 jam menyamun


25/11/2012 4:24pm

KANGAR — Seorang lelaki yang memiliki 36 rekod jenayah ditahan polis dalam tempoh 12 jam selepas melakukan samun bersenjata dengan dua yang lain di Taman Utara, Jejawi dekat sini semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis, Supritendan Mohd Nashir Ya berkata, lelaki berusia 42 tahun itu ditahan di sebuah stesen minyak di Jalan Kuala Ketil-Baling pada 3.40 petang semalam.
Katanya, polis menerima laporan daripada seorang peniaga berusia 54 tahun kira-kira pukul 4.40 pagi semalam bahawa beliau dan keluarganya telah disamun oleh tiga lelaki di rumahnya di Taman Utara.
Tiga lelaki yang bertutup muka dan bersarung tangan dengan dua daripadanya bersenjata pistol dan parang memasuki kediaman itu dan mengugut untuk melepaskan tembakan sekiranya mereka melawan, katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.
Mohd Nashir berkata, ketiga-tiga penjenayah itu melarikan wang tunai kira-kira RM23,500, tiga unit telefon bimbit, barang kemas bernilai RM5,000, kad kredit dan beg galas mengandungi pasport milik pembantu rumah pengadu. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment