Search This Blog

Thursday, November 8, 2012

Kepala berkecai



         
KOTA KINABALU: Seorang mekanik mati dalam keadaan kepalanya berkecai selepas dihempap forklif yang dibaikinya di sebuah kilang di Kilometer 7, Jalan Tuaran Lama, di sini, semalam.

Sebelum kejadian jam 5.25 petang itu, Voon Teck Hing, 22, membaiki forklif berkenaan dalam keadaan bahagian jentera itu diangkat pada ketinggian kurang dua meter dari lantai.


Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun berkata, tiba-tiba rakan mekanik berkenaan yang memandu forklif terbabit menjerit menyuruh mangsa berundur kerana jentera itu tidak semena-mena menjadi senget.

“Bagaimanapun, mangsa tidak sempat beredar menyebabkan dia dihempap forklif berkenaan. Akibatnya, mangsa cedera teruk dengan kepalanya pecah dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.


Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk bedah siasat.


“Kami mengambil keterangan beberapa pekerja kilang berkenaan untuk membantu siasat,” katanya.

No comments:

Post a Comment