Search This Blog

Thursday, November 1, 2012

Keldai dadah tua dihukum mati

HANOI: Sebuah mahkamah di sini semalam menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang wanita Filipina berusia 61 tahun selepas mendapatinya bersalah menyeludup dadah methamphetamine ke Vietnam.
Seorang kerani mahkamah memberitahu, Amodia Teresita Palacio ditangkap kerana memiliki lima kilogram dadah berkenaan di sebuah lapangan terbang di Hanoi, April lalu.

Dia didapati bersalah atas tuduhan memasuki Vietnam berulang kali dari Thailand untuk menyeludup dadah.

Jurucakap Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina mengesahkan hukuman mati itu dan berkata, Amodia mempunyai masa 15 hari untuk merayu.

“Kami akan menggunakan semua saluran rayuan untuk menyelamatkanya,” kata jurucakap itu, Raul Hernandez.

Undang-undang dadah Vietnam adalah antara paling ketat di dunia.


Mereka yang memiliki lebih setengah kilogram bahan itu berdepan dengan hukuman mati.

Jun lalu, mahkamah di negara itu menjatuhkan hukuman berkenaan terhadap seorang pelajar Thai berusia 23 tahun, kerana menyeludup tiga kilogram amphetamine. Ketika ini, lebih 400 orang, kebanyakannya terbabit dalam kes dadah dan bunuh, menanti hukuman mati di negara berkenaan. - AFP

No comments:

Post a Comment