Search This Blog

Thursday, November 8, 2012

Kebakaran kilang perabot awal pagi bongkar rahsia



SUBANG JAYA: Kebakaran besar membabitkan dua kilang perabot di Subang 4, Zon Industri USJ 1, di sini, awal pagi semalam, membongkar rahsia pemilik premis itu tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk beroperasi.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, Timbalan Penguasa Bomba, Mohd Khairi Daud berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.27 pagi sebelum api berjaya dikawal kira-kira dua jam kemudian.



Menurutnya, dua jentera bersama 20 anggota masing-masing dari balai Subang Jaya dan Seksyen 7, Petaling Jaya serta jentera tangki air dari Shah Alam digegaskan ke tempat kejadian.




“Kebakaran disedari seorang pekerja warga Indonesia yang menghuni di kawasan berhampiran selepas ternampak asap tebal keluar dari kilang yang terbakar.



“Dia kemudian menghubungi pihak bomba dan tindakan pantasnya itu membolehkan kami sampai tepat pada masanya dan dapat mengelak kebakaran lebih besar berlaku berikutan kedudukan premis di situ yang rapat antara satu sama lain.



Mohd Khairi berkata, ketika kejadian tiada sesiapa dalam kawasan itu, namun kilang yang menjadi tempat menghasilkan perabot musnah terbakar 100 peratus “Bahagian tingkat satu yang menempatkan ruang pejabat kilang runtuh dan api marak berjaya dikawal 30 minit selepas itu.








“Kami percaya kebakaran bermula dari sebuah kilang sebelum merebak ke unit terletak bersebelahan. Kerja pemadaman dilakukan pantas bagi mengelak api merebak ke premis lain,” katanya.



Katanya, Jabatan Forensik Bomba sudah melakukan pemeriksaan di lokasi kejadian, malah kerugian dan punca kejadian masih dalam siasatan. “Siasatan awal mendapati kilang terbabit tidak mempunyai kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan bomba ketika ia dibina dan dipercayai beroperasi secara haram,” katanya.

No comments:

Post a Comment