Search This Blog

Thursday, November 8, 2012

Jasad komando ditemui terbelit payung terjun




         
SELAMA: Misteri kehilangan seorang anggota komando, Koperal Supain Gane, 27, ketika menjalani sesi latihan payung terjun di Redang Panjang, Kubu Gajah, di sini, malam Isnin lalu terjawab apabila mayat mangsa ditemui terbaring dalam keadaan badan terbelit pada tali payung terjun digunakan.

Mangsa dari Cawangan Komando Pusat Latihan Peperangan Khusus Tentera Darat, Kem Sungai Udang, Melaka dipercayai terhempas dari ketinggian 7,000 kaki ketika menjalani latihan payung terjun bersama 23 anggota komando lain.


Operasi mencari dan menyelamat mangsa sejak pagi Selasa lalu akhirnya berhasil menemui mayat mangsa kira-kira 500 meter dari lokasi pendaratan payung terjun berhampiran Ladang Holyrood, Bukit Rhona, di sini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Selama, Asisten Superintendan Abd Ghani Zainun berkata, mayat mangsa ditemui pasukan mencari dan menyelamat jam 4.30 petang, semalam di kawasan hutan berpaya berhampiran kebun getah.


Menurutnya, ketika ditemui, mangsa terbaring dalam keadaan badannya berbelit tali payung terjun digunakan.


“Tidak pasti sama ada payung terjun mangsa berfungsi dengan baik, namun ada kemungkinan mangsa terhempas menyebabkan kecederaan serius,” katanya.

No comments:

Post a Comment