Search This Blog

Monday, November 26, 2012

Hidup derita dek ubat haram



DAVID menunjukkan ubat haram yang didakwa diambil oleh bapanya di Keningau semalam.


KENINGAU – Seorang warga emas terpaksa menanggung derita setelah kedua-dua belah buah pinggangnya rosak didakwa gara-gara mengambil ubat-ubatan haram untuk menyembuhkan penyakit gout yang dialaminya.
Mangsa, Supil Kando, 70, dari Kampung Gansabon, Apin-Apin dekat sini mendakwa, dia telah mengambil ubat haram dari Indonesia yang dijual secara haram di kaki-kaki lima kedai.
Anaknya, David Supil, 47 berkata, bapanya memang menghidap penyakit gout dan telah menggunakan ubat itu untuk menyembuhkan penyakitnya sejak setahun lalu.
“Beberapa hari lalu, keadaan bapa semakin teruk dan telah dikejarkan ke hospital. Setelah diperiksa, doktor mengesahkan kedua-dua buah pinggang bapa telah rosak dan dia juga mengalami bengkak hati kerana penggunaan berlebihan ubat haram itu,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

No comments:

Post a Comment