Search This Blog

Thursday, November 8, 2012

Dua tak mengaku buang bayi



KANGAR: Dua remaja lelaki termasuk teman lelaki seorang pelajar perempuan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, dekat sini, semalam terhadap tuduhan cuba melupuskan bukti dalam kejadian buang bayi di sebuah sungai, hujung bulan lalu.


Tertuduh, Khairul Amri Che Amri dan Muhamad Affendi Azmi, berusia 18 tahun membuat pengakuan itu ketika didakwa di depan Majistret Zuhair Rosli.



Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa melakukan perbuatan itu bagi mengelak tindakan undang-undang terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun dalam kejadian di Kampung Bohor Rotan Pahit, Simpang Empat antara jam 8.30 hingga 9.30 malam, 24 Oktober lalu.




Sebaik kertas pendakwaan dibacakan jurubahasa mahkamah, kedua-dua tertuduh mengangguk faham sebelum meminta dibicarakan.



Mereka didakwa mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum tiga tahun atau denda.



Pendakwaan diwakili Ketua Unit Pendakwaan negeri, Azhar Mokhtar manakala kedua-dua tertuduh diwakili Zuhair Ahmad Zakuan dan Suhaila Ahmad dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).








Mahkamah mengarahkan kedua-dua tertuduh dikenakan ikat jamin RM3,000 setiap seorang.

No comments:

Post a Comment