Search This Blog

Monday, November 26, 2012

Dua diculik jadi tahanan Abu Sayyaf?


KUALA LUMPUR 25 Nov. - Dua rakyat tempatan yang diculik sekumpulan lelaki di sebuah ladang kelapa sawit di Lahad Datu, Sabah pada dua minggu lalu, dipercayai disembunyikan di lokasi sama yang pernah menempatkan Mohd. Nazarudin Saidin, 39, peniaga cicak tokek yang diculik kumpulan Abu Sayyaf, tahun lalu.
Sumber memberitahu, seorang pengurus ladang bersama penolongnya kini berada di Pulau Jolo, selatan Filipina setelah diserahkan kepada kumpulan Abu Sayyaf oleh kumpulan penculik berkenaan.
Difahamkan, kedua-dua mangsa yang merupakan sepupu itu menjadi tahanan kumpulan sama yang pernah menculik Mohd. Nazarrudin.
"Selepas diculik, kedua-dua mangsa diserahkan kepada kumpulan Abu Sayyaf yang bertanggungjawab menculik Mohd. Nazarrudin di Pulau Jolo," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20121126/je_03/Dua-diculik-jadi-tahanan-Abu-Sayyaf#ixzz2DH7u9UVP
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment