Search This Blog

Friday, November 9, 2012

Bantuan pakar jejak gaji RM1.35j dicuri


MARUDI: Polis daerah ini mendapatkan bantuan kepakaran pegawai dari Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak bagi menjejaki wang gaji berjumlah RM1.35 juta yang dipercayai masih berada di negeri ini selepas dirompak sekumpulan penjenayah di Jalan Beluru-Lapok, Selasa lalu.
Malah, polis yakin perompak terbabit dipercayai masih bersembunyi di daerah ini kerana tahu operasi memburu mereka giat dijalankan termasuk melakukan sekatan jalan raya sekitar Miri dan Bintulu.

Ketua Polis Daerah Marudi, Deputi Superintendan Abu Bakar Mokhtar berkata, siasatan yang dijalankan mendapat bantuan kepakaran pegawai dari Bukit Aman dan IPK Sarawak dalam soal siasat ke atas empat kakitangan syarikat pembinaan yang direman empat hari itu.
“Mereka akan membuat perbandingan kenyataan selepas terdapat percanggahan dalam kenyataan awal mereka yang ditahan bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Dalam kejadian itu, pacuan empat roda (4WD) yang membawa wang gaji pekerja pembinaan Saluran Gas Sabah-Sarawak di Kem 5, Long Bedian, dan Kem 6, Lapok, dirompak sekumpulan penjenayah.

Berikutan itu, empat pekerja syarikat itu ditahan di Balai Polis Beluru bagi membantu siasatan termasuk bagi memastikan mengapa mereka bertindak membawa wang dalam jumlah besar tanpa pemantauan polis.
Abu Bakar berkata, polis percaya perompak orang tempatan berdasarkan mahir selok-belok jalan dan kawasan kejadian.

No comments:

Post a Comment