Search This Blog

Thursday, November 8, 2012

Balut dadah di kaki elak pengesan logam



JAKARTA: Polis Jakarta semalam berkata, mereka menahan dua suspek disyaki menyeludup dua kilogram dadah kristal methaamphetamine (syabu) yang bernilai Rp 3.2 bilion (RM1.03 juta) di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Tangerang, minggu lalu.


Ketua Agensi Antinarkotik, Komisioner Kanan Nugroho Aji berkata, suspek membeli syabu dari sindiket di Guangzhou dengan harga Rp400 juta (RM127,110) sekilogram. 


“Anggota kami menahan suspek di tempat meletak kenderaan di lapangan terbang. Suspek berjaya melepasi pemeriksaan imigresen dan kastam di China, Hong Kong dan Indonesia kerana mereka tidak memakai jam tangan atau tali pinggang yang menyebabkan mereka tidak diperiksa menggunakan pengesan logam. Dadah itu dibalut di kaki seorang daripada suspek,” katanya.

Suspek yang dikenali sebagai DW dan ASN, meninggalkan Jakarta untuk ke Hong Kong pada 29 Oktober dan meneruskan perjalanan ke Guangzhou melalui Tsen Zen untuk mengambil dadah.







“Dadah ini cuma dadah percubaan, Mereka bercadang mengedar dengan lebih banyak sekiranya dadah percubaan ini berjaya diseludup,” katanya. - Jakarta Post

No comments:

Post a Comment