Search This Blog

Monday, November 26, 2012

Anggota Geng Zawa diberkas



25/11/2012 4:21pm

KOTA BAHARU — Seorang anggota "Geng Zawa" yang terlibat dalam beberapa kes samun bersenjata termasuk di Gua Musang bulan lepas yang menyebabkan dua anggota polis cedera terkena tembakan, ditahan di sebuah rumah tumpangan di Jalan Seri Cemerlang, di sini semalam.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, suspek berumur 25 tahun itu ditahan pada kira-kira 8 pagi sebaik keluar dari rumah tumpangan itu.
"Lelaki yang berasal dari Pasir Mas itu cuba melarikan diri namun berjaya ditahan. Turut ditahan di rumah tumpangan itu seorang wanita berumur 20-an dan bayi berusia lima bulan yang dipercayai isteri dan anak lelaki itu.
"Semasa pemeriksaan polis turut menjumpai sepucuk pistol jenis Revolver dan senjata api tersebut dipercayai digunakan pada lima kes samun di beberapa daerah sepanjang dua bulan lalu termasuk di Gua Musang itu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment