Search This Blog

Friday, November 9, 2012

7 kafe ditutup kerana engkar arahan haramkan shisha

myMetro | 7 kafe ditutup kerana engkar arahan haramkan shisha: "MANAMA: Pegawai Majlis bandar Jeddah menutup tujuh kafe di bandar itu kerana menyediakan shisha walaupun diharamkan oleh kerajaan.

Pegawai Majlis, Hassan Abdul Wahab Ghunaim berkata, “Inspektor majlis menutup kedai kopi itu kerana mereka gagal menurut arahan undang-undang yang mengharamkan shisha kepada pelanggan di tempat tertutup.”
Ada kafe yang tidak mempunyai lesen untuk menyediakan shisha. Mereka akan didenda kerana melanggar undang-undang, katanya kepada laman web berita Sabq.

Peralatan shisha turut dirampas dalam serbuan itu.


Jeddah dan bandar lain di Arab Saudi telah memberi amaran kepada pemilik restoran dan kafe di kawasan perumahan yang mereka akan menerima tindakan tegas sekiranya gagal menurut perintah undang-undang untuk tidak menyediakan shisha kepada pelanggan.


Merokok di semua kementerian, institusi kerajaan dan kawasan awam diharamkan atas perintah diraja.

Pengharaman rokok dan shisha kemudian dibuat di kawasan tertutup termasuk kedai kopi, restoran, pusat beli-belah dan kawasan awam."

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment