Search This Blog

Friday, November 9, 2012

48 maut gempa di Guatemala

San Marcos: Gempa bumi magnitud 7.4 melanda kawasan dekat pantai Guatemala semalam menyebabkan sekurang-kurangnya 48 orang terbunuh. 

Ramai lagi dipercayai tertimbus selepas gempa melanda selain meranapkan rumah, kenderaan, merosakkan jalan raya dan memaksa perpindahan penduduk sehingga Mexico City. 
Kebanyakan yang maut tertimbus di sekitar San Marcos, negeri pergunungan dekat sempadan Mexico. 


Gempa itu juga membawa kepada tanah runtuh menyebabkan laluan lebuh raya tersekat serta menyukarkan operasi menyelamat mangsa. 

Gegaran itu adalah yang terkuat melanda sebuah negara Amerika Tengah sejak 1976 apabila gempa magnitud 7.5 membunuh lebih 20,000 penduduk. 

Presiden Guatemala, Otto Perez yang mengesahkan angka korban selepas pulang ke ibu negara, Guatemala City dari San Marcos. 

Amat menyedihkan Katanya, seramai 23 orang lagi masih hilang dan 153 penduduk diberi perlindungan sementara. 
“Keadaan amat menyedihkan bagi mereka yang menunggu anggota keluarga dikeluarkan selepas tertimbus. 

“Ini satu tragedi dan kami akan berusaha sedaya upaya untuk membantu mereka,” kata Perez di San Marcos selain mengumumkan tempoh berkabung selama tiga hari. 

Anggota penyelamat bertopi kuning berusaha semalaman untuk menarik keluar mayat di San Pedro Sacatepequez, San Marcos, sambil diperhatikan penduduk yang masih terkejut. REUTERS

No comments:

Post a Comment