Search This Blog

Friday, November 9, 2012

46,135 pelacur warga asing ditahan sejak 2008

46,135 pelacur warga asing ditahan sejak 2008: "KUALA LUMPUR 8 Nov. - Sebanyak 46,135 pelacur warga asing ditahan Unit Maksiat Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 2008 hingga September tahun ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Abu Seman Yusop berkata, kesemua mereka ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan mencari langganan bagi maksud persundalan.

"Daripada jumlah itu, sebanyak 5,956 orang ditahan pada 2008 manakala 7,638 ditahan pada 2009 diikuti sebanyak 12,631 orang pada 2010.

"Sebanyak 11,832 ditahan sepanjang tahun lalu dan setakat September tahun ini, sebanyak 8,078 orang telah ditahan," katanya ketika menjawab soalan Mohsin Fadzli Samsuri (Bebas-Bagan Serai) tentang bilangan pendatang asing yang melakukan aktiviti tidak bermoral terutama pelacuran sejak 2008 di Dewan Rakyat hari ini.

Berhubung tindakan yang diambil terhadap warga-warga asing terbabit, jelas Abu Seman, sebanyak 5,921 kes telah dituduh di mahkamah di bawah Kanun Keseksaan."

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment