Search This Blog

Thursday, November 8, 2012

4 pekerja disyaki subahat




         
MIRI: Empat pekerja syarikat pemasangan paip yang dirompak sekumpulan penjenayah bersenjatakan senapang patah dan parang sebelum melarikan RM1.35 juta milik syarikat terbabit, ditahan semalam, kerana disyaki bersubahat bagi membolehkan perompak melakukan jenayah itu.

Empat lelaki berusia antara 25 dan 40 tahun, termasuk seorang perunding dan mekanik ditahan di Balai Polis Beluru, selepas polis mengambil keterangan mereka.


Sumber polis berkata, siasatan awal mendapati percanggahan keterangan yang diberi mereka menyebabkan polis menahan mereka untuk siasatan lanjut.

Bagaimanapun menurutnya, kes berkenaan masih dalam siasatan dan keterangan empat pekerja terbabit diperlukan bagi memastikan sama ada mereka terbabit atau sebaliknya dalam merancang rompakan berkenaan.


“Kita perlu menjalankan siasatan lanjut termasuk tindakan mereka membawa sejumlah wang yang besar, tetapi tidak memaklumkan kepada polis mengenai perkara itu,” katanya.


Menurutnya, mereka perlu mengetahui serta bertindak rasional kerana jumlah wang dibawa sangat besar dan memerlukan polis mengiringi bagi mengelak kejadian buruk.

Semalam, Harian Metro melaporkan sekumpulan perompak mengambil masa tiga minit untuk melarikan RM1.35 juta wang tunai yang sepatutnya digunakan untuk bayaran gaji pekerja syarikat kontraktor memasang paip gas dalam rompakan di Jalan Beluru-Lapok, di sini.


Kejadian berlaku pada jam 3.10 petang kelmarin, ketika empat pekerja terbabit yang menaiki Toyota Hilux membawa beg berisi wang tunai itu menuju ke tapak pembinaan di Kem 5 Long Bedian dan Lapok, untuk membayar gaji pekerja

No comments:

Post a Comment