
BEAUMONT (Texas): Dua terbunuh manakala berpuluh mangsa cedera apabila sekurang-kurangnya 100 kenderaan bertembung di lebuh raya Texas susulan kabus tebal.
Kejadian turut mengakibatkan kenderaan berat seperti trak dalam keadaan bertindih antara satu sama lain.

"Ia adalah bencana buruk. Kelihatan kereta bertindih di atas kereta lain," kata Timbalan Syerif Pejabat Daerah Jefferson, Rod Carroll di sini, awal pagi tadi.
Sementara itu, pegawai perkhidmatan Ambulans Acadian, berkata sekurang-kurangnya 51 mangsa dibawa ke hospital berdekatan dan lapan daripada mereka cedera parah.

Kemalangan itu yang bersempena cuti sambutan Hari Kesyukuran di AS berlaku di 128 kilometer, timur Houston. - AP
tercapaikah impian anda? kini idaman anda bukan lagi impian
ReplyDeletehanya di MARDI Station CH