Search This Blog

Sunday, November 11, 2012

16 banduan mati di penjara




SEJUMLAH banduan Sri Lanka berkumpul di atas bumbung sebuah penjara ketika beberapa pengawal mengusung seorang banduan yang cedera di luar penjara berkenaan di Colombo kelmarin.


COLOMBO - Satu kejadian tembak-menembak antara sejumlah banduan yang merusuh dengan pasukan keselamatan di sebuah penjara di ibu kota Sri Lanka di sini meragut nyawa sekurang-kurangnya 16 banduan, kata polis.
Pihak berkuasa menyatakan semalam bahawa pihaknya turut menangkap lima banduan yang melarikan diri.
Menurut polis, 42 orang lagi cedera dalam kejadian itu kelmarin yang tercetus selepas sejumlah banduan merusuh dan mengambil alih kawalan di penjara berkenaan tanpa mengulas lanjut.
Namun, seorang pegawai kanan penjara memberitahu, polis berjaya menawan semula pusat tahanan itu semalam.
Menurut Pengarah Hospital Kebangsaan Colombo, Dr. Anil Jasinghe, seramai 13 anggota polis, empat askar, seorang pengawal penjara dan seorang orang awam turut dirawat di hospital berkenaan akibat kecederaan. - Agensi

No comments:

Post a Comment