Search This Blog

Thursday, October 11, 2012

Wanita China maut diketuk dengan objek tumpul

KULAIJAYA - Seorang wanita warga China yang ditemui dalam keadaan berlumuran darah di Jalan Melati 1, Indahpura, di sini dua hari lepas, meninggal dunia semalam.
Ketua Polis Daerah Kulaijaya Supt Zulkefly Yahya berkata Yang Li Na, 30an, meninggal dunia di Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, di sini, akibat kecederaan parah di kepala dan leher.
"Yang ditemui dalam keadaan duduk oleh sepasang kekasih yang melalui jalan tersebut, kira-kira pukul 11 malam. Dia masih bernyawa ketika dibawa ke hospital itu sebelum disahkan meninggal dunia, semalam," katanya kepada pemberita selepas perasmian pondok bit polis Kelapa Sawit, di sini, hari ini.
Zulkefly berkata bedah siasat mendapati terdapat kecederaan di kepala dan leher wanita terbabit akibat diketuk dengan objek tumpul.
Beliau berkata Yang dipercayai sudah berkahwin dengan seorang lelaki tempatan berusia 40an dan tinggal di Taman Puteri, di sini.
"Polis sedang mengesan suaminya yang menghilangkan diri bagi membantu siasatan," katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Nik Azmi Hussein di talian 07-6632222. - Bernama

No comments:

Post a Comment