Search This Blog

Friday, October 12, 2012

Tiga suspek aktif menyamun diberkas di Seremban

Tiga suspek aktif menyamun diberkas di Seremban - Melaka & NS - Sinar Harian:
SEREMBAN - Polis menahan tiga lelaki yang disyaki terlibat dalam beberapa kes samun di negeri ini selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas di sebuah ladang kelapa sawit berhampiran Kampung LBJ, Labu semalam.
   
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP Hamdan Majid berkata kenderaan yang dinaiki suspek berusia 22, 27 dan 38 tahun itu dikesan di bandar ini oleh pasukan polis yang menaiki dua kenderaan pada pukul 8.30 pagi.
   
"Kenderaan polis kemudiannya mendekati kenderaan suspek dan memperkenalkan diri sebagai polis, namun suspek cuba menghimpit dan melanggar kenderaan polis dan melarikan diri.
   
"Sepasukan polis dalam sebuah kenderaan kemudiannya mengejar suspek selama 45 minit sebelum sampai di sebuah ladang kelapa sawit berhampiran Kampung LBJ, dekat sini dan suspek cuba menghimpit kenderaan polis sekali lagi," katanya pada sidang media, di sini hari ini.
   
Tindakan suspek yang cuba mengancam keselamatan menyebabkan polis melepaskan dua das tembakan yang mengenai tayar kenderaan suspek, sekali gus menyebabkan pacuan empat roda itu terbabas ke tepi jalan.

Suspek yang tidak sempat melarikan diri berjaya diberkas dan polis menemui barangan dipercayai hasil samun seperti jam tangan, rantai leher dan telefon bimbit serta beberapa senjata tajam, hasil pemeriksaan ke atas kenderaan terbabit.
   
Siasatan awal mendapati kenderaan itu dicuri dan semua suspek yang tidak bekerja mempunyai rekod jenayah membabitkan kecurian kenderaan dan pengedaran dadah, katanya.
   
"Kita juga masih mengesan seorang lagi rakan suspek yang masih bebas dipercayai turut terlibat dalam melakukan beberapa kes samun secara bersama sebelum ini," katanya. - Bernama
'via Blog this'

No comments:

Post a Comment