Search This Blog

Thursday, October 11, 2012

Sungai Juru makin tercemar

Kosmo! Online - Negara:











BEGINILAH keadaan parit yang dicemari sisa minyak hitam dan menjejaskan Sungai Juru.





GEORGE TOWN – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa pihak berkuasa agar memberi perhatian serius terhadap masalah pencemaran Sungai Juru di Seberang Perai Tengah.


Hasil tinjauan CAP mendapati, terdapat sisa minyak hitam dibuang ke dalam parit yang bersambung dengan sungai tersebut selain pembuangan sisa toksik dari Kawasan Perindustrian Perai dan air kumbahan dari kawasan perumahan berhampiran.


Presidennya, SM Mohamed Idris mendakwa, pencemaran bukan sahaja menjejaskan kualiti alam sekitar malah mengakibatkan mata pencarian kira-kira 300 nelayan di situ terjejas kerana hasil tangkapan berkurangan.


“Majlis Perbandaran Seberang Perai, Jabatan Alam Sekitar serta Jabatan Pengairan dan Saliran perlu menjalankan siasatan segera dan mengambil tindakan proaktif bagi menangani masalah berkenaan.


Difahamkan, masalah pencemaran yang berlaku telah berlarutan sejak 40 tahun lalu, namun tiada langkah-langkah pencegahan yang berkesan dilakukan sehingga sekarang dan kesannya semakin membimbangkan.


'via Blog this'

No comments:

Post a Comment