Search This Blog

Saturday, October 13, 2012

Suami larikan anak dari ibunya di luar mahkamah

Suami larikan anak dari ibunya di luar mahkamah:

Lisa Praditsilp, menunjukkan gambar anaknya yang dilarikan oleh suaminya dalam sidang akhbar di Menara PGRM, Kuala Lumpur, semalam. - utusan/Wahidin Salim
KUALA LUMPUR 11 Okt. - Kegembiraan seorang ibu yang mendapat hak penjagaan anak daripada mahkamah hanyalah sementara apabila suaminya bertindak melarikan anak bongsu mereka itu selepas hakim membuat keputusan tersebut.
Menurut Lisa Praditsilp, 42, kejadian berlaku semasa beliau dan suaminya, Yap Eng Chew, 31, serta ibu mertuanya, Chung Yuah Har, 53, menghadiri perbicaraan itu di Mahkamah Jalan Duta di sini pada 8 Oktober lalu.
Kata beliau, semasa insiden berlaku, Yuah Har memegang anak bongsunya, Ya Venus, 4, selain hadir bersama 25 orang penyokong suaminya di koridor bilik mahkamah.
"Semasa saya keluar untuk mengambil Venus, mereka melarikannya. Pihak polis pula tidak memberi bantuan sebaliknya menyuruh saya membuat laporan," katanya dalam sidang akhbar di pejabat Biro Perkhidmatan dan Aduan Awam Parti Gerakan di Menara PGRM di sini hari ini.
Menurut peguam Lisa, Rasamani Kandiah, ketika kejadian, hakim tidak dapat berbuat apa-apa kerana insiden itu berlaku di luar bilik mahkamah.
"Sehingga kini anak guam saya masih tidak dapat sebarang berita dari anaknya," katanya.
Menurut beliau, Yap Eng boleh dikenakan tindakan penjara atas kesalahan melanggar prosedur mahkamah.
Ketua Biro Perkhidmatan dan Aduan Awam Gerakan, Wilson Lau Hoi Keong berkata, pihaknya telah meminta kerjasama polis untuk menyelesaikan kes itu dengan kadar segera.
"Saya berharap polis dan orang ramai dapat menolong dan mengambil langkah segera untuk mengelakkan sebarang kejadian seperti ini berlaku," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20121012/je_03/Suami-larikan-anak-dari-ibunya-di-luar-mahkamah#ixzz29A0whIBc
© Utusan Melayu (M) Bhd 

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment