Search This Blog

Thursday, October 11, 2012

Sembunyi dalam kabinet

Sembunyi dalam kabinet - Melaka & NS - Sinar Harian:


Sembunyi dalam kabinet
Ular tedung hitam yang masuk ke dalam rumah Maslinda.


Ular tedung ditemui berlingkar di bawah singki dapur

MELAKA - Seorang wanita berdepan detik cemas apabila rumahnya di Taman Pandan Indah di sini, dimasuki ular tedung dua hari berturut-turut.

Maslinda Muhamad, 37, yang juga penasihat undang-undang sebuah syarikat swasta berkata, pada mulanya dia menganggap ular yang dilihat di dalam kabinet di bawah singki dapur kira-kira jam 9 malam, hanyalah bayangannya.

“Ketika mahu mengambil span basuh pinggan di bawah singki, saya buka pintu kabinet dan ternampak seekor ular hitam melingkar. Saya tutup semula pintu kabinet kerana trauma.

“Saya fikir itu bayangan saya sahaja sebabnya semalam (Ahad) rumah saya juga dimasuki ular hitam tetapi apabila mendengar sesuatu bergerak di dalam kabinet, saya segera mengadang dengan bakul baju untuk mengelakkan ular keluar jika betul ia ada di situ,” katanya.

Menurutnya, dia segera menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang datang ke rumahnya setengah jam kemudian.

“Saya sangat trauma dengan kejadian dua hari berturut-turut rumah dimasuki ular ketika ketiadaan suami tetapi saya bersyukur tiada kejadian buruk berlaku.

"Sepanjang lima tahun duduk di rumah ini, memang tidak pernah ular masuk. Saya percaya, ular terbabit mungkin datang dari kawasan belukar belakang rumah selepas tanah di kawasan itu diratakan bagi tujuan pembinaan rumah," katanya.


'via Blog this'

No comments:

Post a Comment