Search This Blog

Thursday, October 11, 2012

Salah guna pas: 33 warga asing ditahan

Salah guna pas: 33 warga asing ditahan - Selangor & KL - Sinar Harian:


Salah guna pas: 33 warga asing ditahan
Antara warga asing yang cuba melarikan diri berjaya dicekup.


KUALA LUMPUR - Tujuh pakar pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) termasuk pengurus tapak warga Korea antara 33 warga asing yang ditahan di dalam Ops Bina di sebuah tapak pembinaan di Jalan Binjai, petang semalam.

Penolong Pengarah Ketua Bahagian Penguatkuasaan Imigresen Kuala Lumpur James Musa Singa berkata, warga Korea terbabit dipercayai memasuki negara ini sejak lima hari lalu dengan menggunakan pas lawatan sosial.

“Warga Korea berkenaan dipercayai menyalahgunakan pas lawatan, kami juga mendapati antara warga asing yang ditahan itu turut salah guna pas pekerja, sepatutnya mereka bekerja di ladang, namun mereka bekerja di sektor pembinaan,” katanya.

James berkata, mereka yang ditahan berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun berasal dari Bangladesh, Indonesia dan Pakistan.

“Pekerja asing yang mempunyai dokumen sah yang lengkap dilepaskan dalam operasi berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, Ops Bina itu dilakukan berdasarkan aduan orang awam terhadap pendatang asing tanpa izin (Pati) yang bekerja di tapak pembinaan berkenaan.

Kesemua yang ditahan dibawa ke lokap tahanan Imigresen di Jalan Duta untuk siasatan lanjut.


'via Blog this'

No comments:

Post a Comment