Search This Blog

Friday, October 12, 2012

Penunggang maut motosikal bertembung kereta

Penunggang maut motosikal bertembung kereta - Semasa - Sinar Harian: "KUANTAN - Seorang lelaki maut selepas motosikalnya bertembung dengan sebuah kereta di Km12 Jalan Simpang Kerayong dekat Bera malam tadi.
 
Muhammad Khairul Azhar Md Radzi, 22, dari Felda Purun, Triang mati di tempat kejadian yang dilaporkan berlaku 8.30 malam.
 
Menurut Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang, Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim, mangsa datang dari arah Simpang Kerayong menghala ke Mayam.
 
"Dipercayai sebuah Proton Wira yang datang dari arah bertentangan telah masuk ke laluan motosikal mangsa sebelum kedua-dua bertembung sehingga menyebabkan mangsa tercampak ke atas jalan," katanya.
 
Mohamed Fauzi berkata pemandu kereta berkenaan tidak mengalami kecederaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama"

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment