Search This Blog

Thursday, October 11, 2012

Mayat warga emas ditemui tinggal rangka

Mayat warga emas ditemui tinggal rangka - Pahang - Sinar Harian:


Mayat warga emas ditemui tinggal rangka
Mayat mangsa dibawa ke HTAA, Kuantan untuk bedah siasat.


RAUB - Mayat dipercayai warga emas yang hanya tinggal rangka ditemui dalam sebuah bilik di perumahan Taman Raub Jaya 1, semalam.

Mayat Chiew Yoke Woh @ Chiew Ngan Chai, berusia 67 tahun, ditemui terlentang atas katil ketika pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) datang ke rumahnya untuk lawatan bagi mengemas kini data penerima bantuan.

Anaknya, Chiew Pit Yeong, 24, mengalami masalah mental merupakan penerima bantuan bulanan daripada JKM.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Wan Mohd Shamsudin Wan Osman ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat tersebut.

"Ketika ini kita mengklasifikasikan kejadian sebagai mati mengejut, bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengetahui punca kematian.

"Mayat dibawa ke Hospital Raub sebelum dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan untuk bedah siasat," katanya.


'via Blog this'

No comments:

Post a Comment