Search This Blog

Friday, October 12, 2012

Maut kepala dihempap pikap

myMetro | Maut kepala dihempap pikap: "RANAU: “Sebaik tiba kira-kira 10 minit selepas menerima panggilan, bomba mendapati pemandu sudah meninggal dunia dalam keadaan mengerikan apabila kepalanya dihempap kenderaan yang mengiring, manakala tubuhnya masih berada di dalam pikap berkenaan.

“Mangsa hanya dapat dikeluarkan kira-kira jam 9.30 malam dan terus dibawa ke Hospital Ranau,” kata Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Ranau, Akramin Sakirun mengenai kemalangan kenderaan pikap dinaiki tiga remaja terbabas dan terhumban ke dalam gaung sedalam kira-kira 100 meter (m) di Kilometer 7, Jalan Ranau-Kundasang, di sini, kelmarin.
Dalam kemalangan itu, tiga remaja lelaki yang dalam perjalanan untuk menghadiri majlis hari lahir seorang rakan di daerah ini, bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka maut dalam keadaan mengerikan.

Menurutnya, dua lagi mangsa dapat menyelamatkan diri dikejarkan ke hospital sama untuk rawatan lanjut.


“Mangsa dipercayai cuba keluar ketika kenderaan menjunam ke dalam gaung, namun gagal,” katanya."

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment