Search This Blog

Tuesday, October 9, 2012

Mati selepas seminggu koma

GAMBAR menunjukkan beberapa batang kayu masih terdapat di dalam rumah tempat Ku Ameerul dibelasah sampai mati di Sungai Petani pada 2 Oktober lalu.
Kosmo! Online - Negara: "SUNGAI PETANI – Perbuatan lapan lelaki yang menyerang dan memukul seorang remaja hingga koma mengundang padah apabila mereka kini berdepan hukuman mati selepas mangsa yang tidak sedarkan diri sejak seminggu lalu meninggal dunia semalam.

Suspek-suspek disyaki sebahagian daripada 20 lelaki yang memukul Ku Ameerul Arshad Ku Salim, 20, sampai koma pada pukul 4 pagi, 2 Oktober lalu. Ketika kejadian, mangsa berada di sebuah rumah bersama lima lagi rakannya di Taman Ria di sini.

Difahamkan, ketika sedang berehat di rumah itu, mangsa dan rakan-rakannya diserang oleh 20 lelaki dikenali bersenjatakan kayu selepas disangka terlibat dalam satu kejadian ragut.

Kesemua mereka yang cedera akibat dibelasah kemudian bertindak berlari keluar untuk menyelamatkan diri.

Bagaimanapun, Ku Ameerul yang terjatuh ke dalam longkang berdekatan terus dijadikan ‘karung tinju’ dan dibelasah tanpa belas kasihan sampai koma.

Polis menukarkan siasatan kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) iaitu bunuh selepas remaja berkenaan disahkan meninggal dunia pada pukul 9 pagi di Unit Rawatan Rapi, Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini. Sabit kesalahan mereka boleh dihukum mati mandatori."

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment