Search This Blog

Friday, October 12, 2012

Lelaki kes ‘tercekik sotong’ dijel seumur hidup

myMetro | Lelaki kes ‘tercekik sotong’ dijel seumur hidup:

SEOUL: Seorang lelaki semalam dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh teman wanitanya.
Kes berkenaan mendapat liputan meluas akhbar dan rakyat negara itu kerana ia membabitkan tuduhan ketidakcekapan polis. 
Polis mulanya percaya wanita berkenaan yang dikenali sebagai Yoon mati kerana tercekit ketika memakan sotong hidup.

Mahkamah di daerah Incheon, barat Seoul, menjatuhkan hukuman itu ke atas teman lelaki mangsa yang dikenali sebagai Kim dengan menyifatkan perbuatannya sebagai jenayah yang amat kejam.

Kim yang kini berusia 31 tahun, memasuki sebuah motel bersama mangsa pada April 2010 selepas membeli dua sotong hidup dari sebuah restoran tempatan.

Satu sesungut sotong ditemui dalam tekak Yoon. Baik polis mahupun keluarga mangsa mempercayai cerita Kim bahawa teman wanitanya tercekik sotong itu hingga mati.

Polis bagaimanapun terpaksa membuka kes itu semula selepas program televisyen mendedahkan usaha bapa Yoon untuk menyiasat semula Km selepas mengetahui anaknya membeli insurans nyawa sejurus sebelum dia mati. - AFP

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment