Search This Blog

Monday, October 8, 2012

Juruterbang maut pesawat kecil terhempas di Jamaica



KINGSTON: Seorang juruterbang maut apabila pesawat kecil syarikat penerbangan Caribbean terhempas sebaik saja berlepas di lapangan terbang dekat Antigua.

Status tiga penumpang yang menaiki pesawat syarikat FlyMontserrat itu tidak dapat dipastikan selepas nahas berkenaan berlaku di Lapangan Terbang V.C. Bird.

Jurucakap FlyMontserrat, Karen Allen berkata, beliau hanya dapat mengesahkan kematian juruterbang tetapi nama mangsa belum diumumkan.
Katanya, syarikat penerbangan terbabit masih mengumpul maklumat dan dijangka mengeluarkan kenyataan.

Pesawat Britten-Norman Islander itu terhempas berdekatan landasan pada kira-kira jam 4 petang waktu tempatan. - AP

No comments:

Post a Comment