Search This Blog

Tuesday, October 23, 2012

Iran gantung 10 pengedar dadah




         
TEHERAN: Sepuluh pengedar dadah menjalani hukuman mati di penjara di sini, semalam, walaupun Amnesty International berkali-kali meminta hukuman gantung itu dihentikan.

Banduan tersebut didapati bersalah kerana mengedar lebih daripada satu tan candu dan satu tan methamphetamine (syabu), menurut laman web pejabat pendakwa raya di Teheran.
Pemerhati hak asasi berpangkalan di London, Amnesty International beberapa kali meminta Iran untuk tidak menghukum mati mereka yang didapati bersalah mengedar dadah kerana tindakan itu dikatakan keterlaluan.

Tiga per-empat hukuman mati di Iran, iaitu beberapa ratus setahun, melibatkan pengedaran dadah yang diberkas dalam undang-undang keras di negara itu.



Pada 9 Oktober Amnesty melaporkan, 344 orang dihukum mati sejak awal tahun ini di Iran, kebanyakannya pengedar dadah.


Katanya, pada 2011, Iran menjalankan hukuman gantung terhadap 360 pesalah, sebahagian besarnya adalah kesalahan berkaitan dadah.

Iran, di mana hukuman mati dikenakan ke atas kes pembunuhan, rompakan bersenjata dan zina, adalah antara negara mempunyai rekod tahunan paling tinggi menjatuhkan hukuman mati selain China, Arab Saudi dan Amerika Syarikat.

Kedudukan geografi Iran yang terletak di laluan penting dadah ke Eropah dan Timur Tengah, membuatkan negara itu mempunyai masalah dadah yang teruk.

Kira-kira dua juta daripada 75 juta penduduknya adalah penagih dadah di mana 400,000 daripadanya penagih heroin, menurut anggaran rasmi. - AFP

No comments:

Post a Comment