Search This Blog

Thursday, October 11, 2012

Ibu risau keselamatan anak, hilang sejak 29 Ogos

Ibu risau keselamatan anak, hilang sejak 29 Ogos - Semasa - Sinar Harian:


OOI KEAN WAH
OOI KEAN WAH


KULIM - Tindakan seorang lelaki yang keluar rumah tanpa memaklumkan kepada ahli keluarga menyebabkan ibunya kini sentiasa dalam keadaan sedih dan bimbang akan keselamatan anaknya itu.

Ooi Kean Wah, 24, yang bekerja sebagai mekanik dikatakan keluar rumah pada 29 Ogos lalu dan sehingga kini tidak diketahui di mana dia berada.

Bapanya, Ooi Ah Soon, 65, berkata, anak sulungnya itu merupakan seorang anak yang baik dan tidak pernah menimbulkan sebarang masalah buat keluarganya.

Menurutnya, tiada sebarang pertengkaran berlaku antara keluarga dan anaknya itu yang membuatkan mereka bertambah keliru dengan tindakan Kean Wah.

"Tidak berlaku sebarang perselisihan faham di antara kami dengan Kean Wah. Dia keluar dari rumah pada 29 Ogos lalu kira-kira jam 9.30 malam dengan menaiki kereta.

"Saya bersama beberapa rakan sudah puas mencarinya tetapi tidak berjumpa. Ada dalam kalangan teman-temannya memaklumkan kepada saya mereka ada ternampak Kean Wah di Taman Semarak pada malam dia dilaporkan hilang," katanya kepada Sinar Harian ketika hadir ke pejabat Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat (PPKM) Kulim petang kelmarin
.
Ah Soon yang tinggal bersama isteri dan empat anaknya yang lain merayu anak lelakinya itu segera pulang ke rumah kerana semua ahli keluarganya merindui kelibat Kean Wah.

Katanya, dia hanya bekerja sendiri dan tinggal di Taman Selasih dekat sini sedih dengan kehilangan anak kesayangannya itu.

"Tindakan Kean Wah meninggalkan keluarga membuatkan ibunya, Ooi Chew Bee, 56, sentiasa berada dalam keadaan sedih dan bimbang.

"Sehingga kini anak saya sudah menghilangkan diri hampir 50 hari dan kejadian ini benar-benar membimbangkan kami sekeluarga kerana risau sesuatu yang tidak baik kepada anak saya," katanya.

Menurutnya, dia meminta kerjasama orang ramai yang mengenali dan ternampak anak lelakinya ini supaya menghubungi PPKM di talian 016-4169907 atau 017-4960911 atau mana-mana balai polis berhampiran.


'via Blog this'

No comments:

Post a Comment